Tentang PolyCCSkills

OBJEKTIF

P olyCCSkills merupakan satu penjenamaan yang menjadi simbol transformasi latihan kemahiran pelajar bagi melambangkan jangkauan kemahiran ke aras paling cemerlang hasil daripada aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan keperluan pembangunan negara. Aktiviti PolyCCSkills meliputi latihan, platform perkongsian ilmu serta pengendalian pertandingan kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa yang mana penganjurannya adalah untuk memupuk usaha bagi menarik minat para pelajar agar lebih berkeyakinan dan menghargai bidang kemahiran.